Wednesday, August 18, 2010

Mafia State II

Another story being put in the newspaper recently concerning samseng...

Ahli MPAJ ditahan babit gaduh ala kongsi gelap
AMPANG JAYA: Seorang Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) antara tiga yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam pergaduhan 'ala kongsi gelap' dalam satu kejadian di sebuah restoran di Jalan Kabus,Kampung Kuala Ampang di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, ahli majlis berusia 36 tahun bersama beberapa individu dikatakan secara tiba-tiba menyerang sekumpulan lelaki di restoran terbabit hingga menyebabkan pemilik restoran berkenaan cedera parah.
Difahamkan, pergaduhan dua kumpulan berkenaan dipercayai berpunca akibat perselisihan faham yang berlaku antara mereka sebelum ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan AmiruddinJamaluddin, berkata suspek berusia antara 27 hingga 36 tahun itu diberkas ketika cuba melarikan diri.
“Sebaik polis tiba di tempat kejadian, anggota dua kumpulan terbabit bertempiaran lari bagi mengelak dicekup pihak berkuasa.Bagaimanapun, tiga lelaki daripada kumpulan yang menyerang itu berjaya ditahan.
“Pemilik restoran berusia 39 tahun pula cedera parah dengan kesan lebam di badan manakala telinga kanannya hampir putus,” katanya kepada pemberita di sini.
Katanya, hasil pemeriksaan ke atas kereta jenis Perodua Myvimilik seorang suspek, polis menemui sebilah parang dipercayai digunakan dalam pergaduhan itu.
“Kita percaya lebih 10 individu terbabit dalam pergaduhan ini dan gerakan memburu saki baki suspek sudah dilancarkan. Polis masih menyiasat motif sebenar kejadian, namun tidak menolak sebarang kemungkinan yang boleh dikaitkan dengan pergaduhan ini.
“Polis beri jaminan siasatan terperinci akan dijalankan dan tindakan tegas akan diambil. Kita sedang memohon perintah reman terhadap semua suspek untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.
Justeru, beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

No comments:

Post a Comment