Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Monday, December 21, 2009

Saran Peruntukan Wajib Kepada Isteri

Mengikut hukum agama yang termaktub dalam institusi perkahwinan, pendapatan isteri tidak boleh dikongsi suami.

Namun, persetujuan, keikhlasan dan sikap ambil berat isteri untuk berkongsi pendapatan demi meringankan beban tanggungan suami bagai ‘menghalalkan cara’ untuk meneruskan kelangsungan hidup berkeluarga.

Apatah lagi desakan hidup hari ini yang memerlukan wang untuk mengimbangi keadaan ekonomi keluarga, membuatkan isteri reda berkongsi pendapatan bersama suami, kata perunding keluarga dan khidmat guaman syarie, Kamaazura Md Kamel. Peguam bela dan peguam cara berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang syariah dan sivil ini tidak menafikan, pada awal perkahwinan, isteri biasanya sanggup berkongsi pendapatan seiring hasrat untuk memastikan kelancaran dalam hubungan rumah tangga.

Namun katanya, ada kalanya apabila kedudukan suami sudah stabil dan suami mula berubah sikap, timbul kekesalan di hati isteri yang pernah menderita di saat susah, tetapi apabila suami lupa diri ketika senang.

“Berdasarkan beberapa kes yang saya kendalikan, ada segelintir suami mengambil kesempatan atas keprihatinan isteri."

“Tanggungjawab yang sepatutnya dipikul suami bagaikan terlepas pandang dan dia tidak perlu bersusah payah kerana isteri sudah melakukan segalanya."

“Akhirnya, hal ini seolah-olah menampakkan yang semua itu ‘kerja’ atau tanggungjawab isteri."

“Apabila percanggahan dan beban semakin dirasakan lalu si isteri yang pada asalnya reda mula mempersoalkan bebanannya itu yang harus membayar rumah, kereta malah keperluan asas seperti makan minum."

“Jika tidak disedari segera, perkara ini boleh menjadi bibit atau punca berlaku titik hitam dalam rumah tangga. Apa yang dibimbangi adalah sesuatu yang bakal berlaku kelak apabila suami terus lepas tangan daripada tanggungjawab hakiki mereka,” katanya.

Dia turut menyarankan suami memberikan peruntukan wajib kepada isteri dengan menyediakan nafkah bulanan tetap kerana ia bukan saja satu pengiktirafan terhadap tanggungjawab yang harus dipikul suami, sebaliknya adalah tuntutan agama. Menurutnya, masalah kewangan adalah faktor penting pergolakan rumah tangga dan seboleh-bolehnya, pasangan harus merencanakan kepentingan mengikut keperluan sewajarnya.

“Isteri anggota tentera adalah golongan paling bertuah kerana mendapat kelebihan apabila potongan gaji suami memberikan satu jawapan kepada persoalan nafkah melalui skim berkenaan. Bagi wanita, ia adalah satu pengiktirafan suami kepada isteri walaupun jumlahnya sedikit.

“Sepatutnya, institusi kerajaan mahupun majikan swasta di negara ini mengambil jalan sama dengan mengadakan potongan gaji suami. Ia bukan saja menunjukkan satu pertanggungjawaban tetapi apa yang penting, ia amat relevan,” katanya.

Gugurkah Tanggungjawab Suami Apabila Isteri Bekerja?

Petikan soal jawab isu rumahtangga.

Soalan: Gugurkah Tanggungjawab Suami Apabila Isteri Bekerja?

Jawapan: Satu perkara yang memang telah diketahui umum malah oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah mereka yang bertanyakan soalan ini bahawa seorang suami adalah wajib menanggung segala perbelanjaan isterinya walaupun isterinya bekerja. Masalahnya ialah mereka yang mengetahui kebenaran ini enggan menerima kebenaran tersebut dan mangsanya adalah para isteri yang mengajukan soalan sebegini walaupun jawapannya telah mereka tahu dan hanya inginkan satu kepastian.

Islam malah agama lain juga menetapkan bahawa suami adalah sebagai ketua keluarga. Apabila disebut sebagai ketua maka jelas sudah bahawa seorang suami bertanggungjawab atas segalanya: makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan segala yang terangkum sebagai satu keperluan bagi isteri dan juga perkara sampingan tetapi menjadi perkara utama apabila dilakukan demi suami tercinta seperti rawatan kecantikan dan solekan.

Malahan, sekiranya suami seorang yang mampu tetapi masih mengizinkan isterinya bekerja, suami sewajarnya menanggung segala kos ulang alik si isteri ketika bekerja. Segala pendapatan isteri pula adalah hak mutlak si isteri dan suami sekiranya berkehendakkan hasil pendapatan isteri bagi membantunya menanggung perbelanjaan rumah tangga, adalah dikira sebagai berhutang dengan si isteri. Cuma demi kerukunan rumah tangga malahan di dalam era globalisasi dan ketamadunan yang kian mencabar ini, memang satu bonus dan satu keperluan bagi sesetangah individu untuk si isteri bekerja bagi membantu meringankan tanggungan suami.

Membantu meringankan bebanan dan tanggungan suami bukan bererti suami terlepas daripada tanggungjawab. Bagi seorang lelaki yang betul-betul ada harga diri, beliau akan berusaha dengan sedaya upata bagi memenuhi segala keperluan isteri, anak-anak dan keperluan rumah tangga tanpa mengharapkan hasil pendapatan isteri. Ingat lagi kisah seorang suami yang sanggup melakukan kerja sampingan bagi menyara keluarga walaupun isterinya bekerja? Inilah lelaki sejati yang menghargai isteri.

Namun, berapa ramai lelaki yang sanggup melakukan sedemikian? Kebanyakkan lelaki sekarang ini, duit aku duit aku, duit isteri pun duit aku juga sebab aku ni suami, isteri kene ikut kata aku. Hmm.. memang boleh punah kebahagiaan rumah tangga individu sebegini.

Menyebut tentang hasil pendapatan isteri, ingin diingatkan para isteri yang bekerja, memang tak salah kita membantu meringankan beban suami tetapi jangan terlalu membiasakan suami kita dibantu sewenangnya. Hasil pendapatan kita adalah hak kita yang mutlak. Kita bebas membelanjakannya sewenangnya hatta nak beli barang kemas selori pun adalah tidak salah. Cuma, secara logiknya, sudah tentulah kita ingin membantu suami kerana suami adalah insan yang kita cintai.

Seperti yang ditegaskan, tidak salah membantu tetapi ada batasan. Walaupun tidak semua tetapi kebanyakkanya para suami yang sentiasa ditolong ini akan mudah lupa diri. Rasa bebas bernafas sikit, terus segala tugas yang patutnya dipikul oleh suami telah diserah bulat-bulat kepada isteri.

Satu perkara lagi, ingin diingatkan kepada para isteri, jangan sesekali menyerahkan segala hasil pendapatan kita kepada suami. Pendapatan kita itu adalah hak kita sepenuhnya. Sekiranya ingin membantu, berikan sekadar yang perlu sahaja. Biasakan juga menyimpan segala resit perbelanjaan yang kita keluarkan bagi membantu suami menguruskan rumahtangga. Sebabnya, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi di belakang hari. Bukan meminta atau mendoakan tetapi tidak salah kita bersedia menghadapi segala kemungkinan.

Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Mungkin kita yakin kasih suami sepanjang hayat tetapi dalam sesaat,segalanya boleh berubah. Kebahagiaan 25 tahun hidup bersama boleh musnah sekelip mata... Ini yang terjadi kepada seorang isteri. Setelah 25 tahun berkongsi dan berkorban segala, akhirnya beliau ditinggalkan sendiri bersama hati yang lara. Hanya anak-anak pengubat duka. Sesal dah tak berguna. Berbanding seorang kawan yang telah beringat-ingat sejak awal, hampir segala lelahnya dibayar apabila segala bukti pengorbananya yang tidak dihargai suami dikemukakan kepada pihak mahkamah. Lantas, beringatlah jangan dah terhantuk baru nak terngadah.

Wednesday, December 16, 2009

Coffee & Tea Lower The Risk of Diabetes


A new study of coffee and diabetes (Jan 2004) has shown that men who drank 6 cups of coffee a day reduced their chances of developing type-2 diabetes by half, and women who drank the same amount cut their risk by 30 percent. 126,000 people filled out questionnaires over the past 12-18 years with information about their coffee intake and other health questions.

In earlier studies, Dutch researchers discovered that there are compounds in coffee that aid the body's metabolism of sugar. Their study involved 17,000 men and women in the Netherlands. The results were published in November 2002, in the journal Lancet.

According to their study, people who drank 7 cups a day (or more) were 50% less likely to develop type 2 diabetes. Drinking less coffee had less of an impact on diabetes onset. Researchers are still looking at the connection between coffee and diabetes, and caution people that 7 cups of coffee per day is enough to create other health problems.

A number of older studies have shown that caffeine may increase your risk of developing diabetes. The theory is that the beneficial chemicals are able to offset the damage done by the caffeine. So drinking decaffeinated coffee would be the best bet if you are thinking of drinking coffee to prevent diabetes.

Tea also has an effect on diabetes. Drinking tea can improve insulin activity up to 15 times, and it can be black, green or oolong. Herbal teas don't have any effect. The active compounds don't last long in the body, so you would have to drink a cup or more of tea every few hours to maintain the benefit. The catch is that you should drink it without milk (even soy milk), because milk seems to interact with the necessary chemicals and render them unavailable to your body.
-Reuters.

Tuesday, December 8, 2009

The Boss Honored

WASHINGTON – “I’m the president, but he’s The Boss.”

With those words, President Barack Obama greeted Bruce Springsteen on Sunday night at a White House reception before the iconic rocker was lauded with Kennedy Center Honors along with Robert De Niro, comic genius Mel Brooks, jazz pianist and composer Dave Brubeck and opera singer Grace Bumbry.

About 300 guests, including Matthew Broderick, Ben Stiller and Martin Scorsese, were at the reception in the East Room of the White House.

“These performers are indeed the best,” Obama said. “They are also living reminders of a single truth – and I’m going to steal a line from (wife) Michelle here – the arts are not somehow apart from our national life, the arts are the heart of our national life.”

Springsteen, 60, described the award he received Saturday night at a State Department dinner as different than other accolades.

“We worked really hard for our music to be part of American life and our fans’ lives,” he said. “So it’s an acknowledgment that you’ve kind of threaded your way into the culture in a certain way. It’s satisfying.”

Source: www.thenewstribune.com


Wednesday, December 2, 2009

Puisi Indah Si Pari-Pari

"Harapnya kisah perpisahan ini tidak akan digembar-gemburkan. Saya tidak mahu kisah ini terus-terusan menjejaskan kerjaya seni saya yang kembali bernyawa, " ujar Natasha Liana Hudson mengenai perpisahannya dengan usahawan dan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari.

How not to have your story being broadcast if you're the one meeting the journalist and spreading the words? If you don't want some negatives stories about you being published, don't ever talk to journalist. You know where it will end up...

Related post:
Kembali Janda
Suami Natasha Hudson Raja AP Yang Baru?

Sebelum ini heboh isu Natasha menciplak puisi tulisan orang lain dan memuatkannya dalam buku tulisan beliau (tanpa menyebut nama penulis asal). Cuba perhati dan bandingkan puisi di bawah:

Kek Coklat
oleh Natasha Hudson

Saya mahu satu kehidupan,
Kamu mahu sesuatu yang lain,
Kita tidak dapat makan kek coklat,
Jadi kita makan sesama diri.

Bandingkan dengan puisi tulisan Roger McGough:

Cake
oleh Roger McGough

i wanted one life
you wanted another
we couldn’t have our cake
so we ate each other.

Natasha kata “coincidently similar” (walaupun sajak melayu dia tak make sense dan tak rhyme). Cuba lihat yang ini pula:

Si Kura-Kura Kecil
oleh Natasha Hudson

Ada seekor kura-kura kecil
tinggal di dalam kotak
berenang di tepi tasik
memanjat di atas batu

dia cuba menggigit nyamuk
dia cuba mengigit kutu

dia cuba menggigit berudu
dia cuba menggigit aku

dia berjaya menangkap nyamuk
dia berjaya menangkap kutu

dia berjaya menangkap berudu
tetapi dia tidak berjaya menangkap aku

Bandingkan dengan ini:

I Have a Little Turtle
oleh Nicholas Vachel Lindsay

I have a little turtle,
He lives in a box.
He swims in the water
And he climbs on the rocks.

He snapped at a minnow
He snapped at a flea

He snapped at a mosquito
And he snapped at me.

He caught the minnow,
He caught the flea,

He caught the mosquito,
But he didn’t catch me!

Juga puisi ini:

Mentega kuning, jelly ungu, jem merah, roti hitam
oleh Natasha Hudson

ratakan tebal
katakan cepat

ratakan tebal
katakan cepat

sekarang ulang
sambil kamu makan

sekarang ulang
sambil kamu makan

janganlah bercakap
bila mulut kamu penuh

Bandingkan dengan ini:

Things We Like to Eat
oleh Mary Ann Hoberman

Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread.
Spread it thick,
Say it quick.

Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread
Spread it thicker,
Say it quicker.

Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread
Now repeat it,
While you eat it.

Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread
DonĂ­t talk
With your mouth full!

...talking 'bout coincidently similar...

Friday, August 7, 2009

Bon Weekend!

Hari Jumaat...tentu ramai yang dah tak sabar nak balik rumah :)
Biasala, kepada yang kerja Isnin-Jumaat, esok & lusa adalah hari cuti/rehat.
Dah petang2 camni, kalau duduk kat ofis...macam biasala..waktu yang sesuai untuk menghabiskan masa dgn aktiviti2 meringankan kepala : update Facebook, blog, surf internet, borak2 etc..

Kepada sesiapa yang meronda2 dan terjebak masuk ke blog ini, saya ucapkan selamat berhujung minggu. Bak kata org Perancis..Bon Weekend!

Wednesday, July 22, 2009

1Wajah


Konsert 1 Wajah M Nasir di Stadium Negara yang dirancang pada 25 Julai ini telah ditunda ke 7 Nov 2009 (hari Sabtu). Hm.. kena check jadual kerja ni...(macam le boleh pergi.. he he..)

Friday, May 22, 2009

Cerita pasal herba ekor kucing :)


Pernah dengar pasal tumbuhan herba yang dipanggil pokok Cattail (Ekor Kucing)? Ada terbaca kat paper minggu lepas, tu yang nak share kat sini :)

Menurut penulis artikel tu, Cattail atau pokok banat sekarang semakin popular dalam seni hiasan landskap. Sekali pandang macam lalang, tapi kalau dalam kuantiti yang banyak, ia akan nampak menarik. Bunganya berwarna keemasan, merah, kuning jingga atau coklat gelap berbentuk seperti cerut dan sosej dicucuk lidi.

Dalam perubatan tradisional pulak, rumpai Ekor Kucing ni digunakan untuk merawat luka, melecur dan juga masalah kulit seperti jerawat atau kesan tompok selepas terkena demam campak. Bunga Cattail pula boleh dibakar untuk menghalau nyamuk dan agas. Hm.. banyak juga kegunaan rumpai Ekor Kucing ni ya.. :)

Selain pokok Cattail, satu lagi tumbuhan herba yang mengaitkan dengan kucing ialah herba Misai Kucing.