Someone from MalaysiaKini put this comment:
-They are not leaders but robbers in suits who robbed the rakyat's money and then used the state apparatus to prevent anyone from bringing them to justice. Thieves, in the name of 'Agama, Bangsa and Negara'.
TheStar reported that - The Sarawak Cabinet has ordered an internal investigation into claims made by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) that up to 60% of government allocations — running into billions of ringgit — meant for vital infrastructure projects between 2002 and 2008 have been misappropriated.
MACC investigations showed that only 40% of the money set aside by the Government were spent on the projects. The remaining 60% were said to have been “leaked elsewhere.”
Deputy Chief Minister Tan Sri Dr George Chan Hong Nam said yesterday the state government’s internal audit department would carry out a detailed probe into the allegations.
“The state government is investigating. We also want the MACC to give us a full and detailed briefing on these claims. We (state government) view these claims very seriously and if such abuse of government funds had taken place, we must find out who was responsible and take appropriate action against them.
“This is government money that comes from taxpayers. If indeed funds from the Government meant for projects for the rakyat and the poor had been misappropriated, the state government wants action taken,” he said yesterday.
Guess so many years of BN has brought this kind of problem...
Labels
Another Sad Love Song
(8)
Arcturus
(1)
ATnT
(6)
Bintang
(5)
Bulan
(7)
Cat
(3)
Expressing love
(26)
Fatamorgana
(3)
francais
(29)
France Gall
(1)
French Movie
(1)
French Song
(1)
heart
(7)
Internet Marketing
(9)
La Rochelle
(6)
love story
(3)
Maher Zain
(1)
Memoir
(6)
Money Matters
(10)
Motivasi
(22)
Movie / Song
(61)
Nonsense
(16)
Novel
(3)
Pergi Tak Kembali
(5)
Personal
(19)
Puisi
(10)
Puisi / cerpen
(48)
Quote
(9)
Ramadan
(5)
Ramli Sarip
(1)
Rossa
(1)
security
(2)
SocioPolitics
(50)
Spiritual
(14)
Spy Movie
(1)
spyware
(1)
Sudirman
(2)
thriller
(2)
tmm
(2)
Umum
(9)
Vista Security Tool 2010
(1)
Whitesnake
(4)
Sunday, November 29, 2009
Saturday, November 28, 2009
My Father's Murderer
A lady wrote this letter to Starmag, The Star on 28 September 2003.
My Father's Murderer
ON the night of Dec 19, 1948, my father, the headmaster of the Chinese school in Simpang Dua, Sitiawan, Perak, was resting with his pregnant wife, also a Chinese school teacher, and his seven children at home after dinner. Some people came and called my father, so he wore his shirt and stepped out of the house into the dark. According to my mother, a conversation took place followed by the sound of two gunshots.
The shock was too great for a pregnant woman to bear. Four days later, I was born, prematurely and fatherless.
I used to go for Cheng Beng (All Souls Day) to take flowers to my father’s grave every year. Next to his grave is that of my classmate’s father. He was the headman of Simpang Dua at that time and was also gunned down by Chin Peng’s men on the same fateful night.
When I was studying in ACS, Sitiawan, I used to look at Chin Peng’s son, who was my senior in the same school. He could walk out of the class when Mr Moses Tay taught Malayan history about Chin Peng, but I could only sit there and wish that my father was alive. Perhaps if he had not been a headmaster but just an ordinary teacher, he would not have been murdered and my mother wouldn’t have had to suffer so much, bringing up eight young children single-handedly.
In my birth certificate, in the column for "Father", is written: "Ditembak mati" (shot dead). It should be "Ditembak mati oleh Chin Peng, the villain"!
Impossible to Forgive & Forget,
Klang, Selangor

Sunday, November 22, 2009
Bintang Yang Menunjuk Arah
Saya sebenarnya sedang melihat bintang dari satu sudut yang jarang sekali dapat disaksikan oleh orang banyak. Tidak seperti waktu kecil saya mengira berapa banyak bintang di langit yang kadang kala nampak bersegi-segi.
O, saya selalu asyik dengan keindahan langit malam seperti padang yang terbentang, dengan beralaskan lengan ayah. Kami berbaring di taman kecil belakang rumah dan menatap langit yang lapang. Saat itu, bintang atau bulan yang digantung akan menjadi pemandangan yang begitu mengesankan. Bintang atau bulan menjadi sahabat, seraya mendengar cerita saya dan ayah tentang impian. Ya, ayah mengajar saya untuk selalu berani bermimpi dan punya impian sendiri. Kata ayah, dengan impian itu akan membuat saya menjadi manusia yang mempunyai arah dalam hidup. Begini kata ayah, “anakku, lihatlah bintang yang paling cantik kerdipannya itu. Bukankah ia seperti menunjuk arah, satu arah yang harus kau tuju,” seraya menuding ke langit lepas. Dan saya mencari-cari bintang yang satu itu.
Melihat bintang ketika itu samalah seperti saya melihat cinta sekarang. Ya, beginilah, mahu saya beritahu sebuah narasi tentang bintang. Bintang adalah cinta. Dan cinta adalah sesuatu yang bersukma. Ya, cinta adalah cerita nan bersukma. Begitulah yang pernah saya baca saat mengembara di sebuah kota besar di Pulau Seribu Pura. Cinta dan suara itu terus berdendang di sepanjang susur jalan. Kemudian ia memasuki setiap lorong kecil yang ada dan semua lawang toko yang saya lewati. Cerita nan bersukma itu terus bergentayangan dan saya berusaha mahu mencapai dan mendakapnya. Kerana apa? Begitu seperti kata ayah, ia menunjuk suatu arah. Dan saya masih terus mencari arah itu...

Kualiti Jalan Raya KL...
Apa sudah jadi dengan kualiti jalan raya di Kuala Lumpur? Berkeretalah atau tunggang motosikal di ibu negara dan sekitarnya, anda pasti selalu terlanggar permukaan jalan raya yang tidak rata, berlubang dan bercompang-camping.
Keadaan tersebut sukar disaksikan jika menyusuri jalan-jalan yang biasa digunakan oleh pemimpin negara dan orang kenamaan (VIP) tetapi cukup ketara di laluan yang menjadi tumpuan rakyat. Jalan Genting Kelang dekat Setapak misalnya asyik berlubang dan tidak rata hampir sepanjang tahun. Banyak lagi jalan yang sibuk dengan kenderaan terutama menghubungkan ke taman-taman perumahan, berkualiti rendah. Adakalanya Awang tidak percaya bahawa keadaan jalan-jalan seperti itu terletak di ibu negara yang mahu dijadikan bandar raya bertaraf dunia.
Bagi penunggang motosikal, ia umpama jerangkap samar, yang boleh mengakibatkan mereka terjatuh atau terlibat dengan nahas apabila cuba mengelak lubang, lebih-lebih lagi ketika hujan dan waktu malam. Jika kita berpeluang meninjau keadaan jalan raya di Jakarta dan Bangkok, sukar untuk melihat jalan yang berlubang, tidak rata dan rosak di laluan-laluan yang penting dan sibuk. Itu belum bercakap tentang perbandingan dengan kota Singapura, yang Awang sentiasa cuba elakkan.
Lebih aneh, kerosakan jalan biasanya berlaku setiap kali selepas kerja-kerja pengorekan permukaan jalan oleh kontraktor mewakili pelbagai agensi. Penurapan semula yang dilakukan tidak berkualiti, menjadikan jalan mudah rosak. Sekali lagi yang aneh, ia seperti tidak dipantau oleh PBT dan jika dipantau sekalipun, ia tidak dilakukan dengan tegas. Manakan tidak, banyak laluan di lorong kiri (daripada dua lorong) sentiasa cuba dielak oleh kenderaan kerana selalu menjadi mangsa kualiti turapan buruk para kontraktor, menyebabkan pemandu bertumpu di lorong kanan. Permukaan jalan sebegitu hanya sesuai untuk kenderaan lasak pacuan empat roda. Sepatutnya kontraktor yang gagal menurap jalan dengan kemas dan baik, didenda selain ditamatkan kontrak mereka.
Berdasarkan pengamatan Awang, banyak jalan yang rosak itu terpaksa diturap secara menyeluruh oleh DBKL apabila ia semakin teruk dan berbahaya. Tetapi tidak lama selepas diturap, kerja pengorekan jalan dilakukan maka berulang lagi kerosakan.
Bayangkan berapa banyak wang terpaksa dibelanjakan untuk projek membaik pulih jalan yang rosak di ibu negara? Siapa yang untung untuk projek penurapan berulang kali ini?
Bercakap tentang isu korek jalan dan kualiti jalan di bandar-bandar Lembah Klang, ia memang menyakitkan hati sejak dahulu lagi. Anak-anak remaja pun boleh bertanya kenapa sampai begitu keadaannya? Mengapa PBT kita tidak mahir menurap jalan atau gagal menjaga kualiti turapan kontraktor?
Kita mungkin berbangga dengan kepesatan fizikal Kuala Lumpur termasuk dari segi bangunan pencakar langit tetapi dalam soal pengurusan kualiti jalan rayanya, kita masih ketinggalan.
Aduan mengenai jalan rosak dan berlubang adalah antara yang terbanyak disalurkan oleh warga kota tetapi penyelesaiannya tidak ke mana. Sedangkan antara perkara paling asas untuk menilai imej sesebuah bandar raya ialah kualiti jalan rayanya.
Awang cadangkan seluruh barisan anggota Kabinet menaiki kenderaan secara konvoi mengelilingi Kuala Lumpur dan perhatikan sendiri kualiti jalan di merata pelosok. Mungkin kita asyik mendongak ke atas dan terlupa memberi perhatian kepada yang di bawah. Silakan...
-Awang Selamat, Mingguan Malaysia 22 Nov 2009.

Thursday, November 19, 2009
Jumaat Malam Sabtu (9.00 malam)
"Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan
Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan
Nur kasih
Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran
Nur kasih
Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Ooo kasih
Nur kasih
Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih"
Monday, November 16, 2009
Cebisan Memori (III)
Sebuah pengumuman mengejutkan aku dan penumpang - penumpang yang lama dibuai mimpi. Rupanya kami telah pun berada di ruang angkasa Malaysia, tanahair tercinta. Pesawat akan mendarat tidak lama lagi. Hatiku melonjak kegembiraan. Kesabaranku benar-benar teruji. Aku tersenyum sendiri.
“Ada sesiapa yang menanti?” tanya Daniel seakan dapat membaca isyarat mindaku. Aku mengangguk pantas.
“Orang tersayang?” tanyanya lagi. Aku anggukkan kepala lagi, tersipu - sipu. Malu pula rasanya padanya. Tapi Daniel segera faham dan berkata, “Tahniah!” Aku menyambut huluran tangannya. “Bienvenue en Malaisie et Bon voyage!” ucapku padanya.
Pesawat telah pun mendarat di luar sedarku. Para penumpang mula bangun dari tempat duduk masing-masing. Mereka segera mengambil beg masing-masing untuk dibawa keluar. Aku mengambil beg sandangku dan beratur menunggu giliran menuju pintu keluar pesawat.
“Welcome home, Sir!” ucap seorang pramugari mesra sebaik aku melepasinya untuk menuruni tangga yang sedia menanti di pintu. Sebuah bas sedia menanti untuk membawa sejumlah penumpang ke Balai Ketibaan. Penumpang bersesak-sesak di dalam bas menyebabkan aku hilang pengawasan ke mana perginya jiran sepenerbanganku tadi.
Di Balai Ketibaan, aku menunggu kemunculan beg-beg pakaianku dengan iringan debaran. Aku khuatir ke tempat lain pula singgah begku itu. Mujurlah, akhirnya mataku terpandang dua buah beg muncul dibawa oleh escalator. Sebaik aku meninggalkan Balai Ketibaan, sepasang mataku ligat mencari. Dua buah beg bersaiz besar kutarik ke hulu ke hilir. Orang yang kucari belum muncul lagi. Di mana si dia? Terlupakah dia? Mustahil! Surat telah kulayangkan tiga minggu sebelum kepulangan. Atau warkah itu tidak menemui pengirimnya?
“Good morning, Sir! Can I help you?” suara seseorang kedengaran menyapa. “Do you need a taxi?” Dia menyambung pertanyaannya. Aku geleng - gelengkan kepala macam orang dungu. Tawar hati aku hendak menjawab pertanyaannya. Pelik sebab tidak disapa dengan bahasa Melayu. Mungkin muka aku pun dah bertukar iras Mat Saleh dek terlalu lama di perantauan.
Jam menunjukkan waktu telah pun menjangkau 7:30 pagi. Mungkin masih terlalu awal untuk si dia menyusul kedatanganku. Mungkin dia baru siap berkemas dan dalam perjalanan untuk menemuiku. Aku segera mencari mana - mana kedai yang mungkin menjual kad telefon. Belum sempat langkah kuatur, cuping telingaku ditampan suara seseorang.
“Yan! Kau nak ke mana tu?” Dan di hadapanku berdiri gagah seorang teman, Rizal. Dia segera menjabat tanganku. Si dia tunduk membisu di sisi Rizal.
“Yan, kami berdua sekarang suami isteri,” Rizal segera menunjuk ke arah si dia. Bagai nak gugur jantungku mendengar pengakuan Rizal secara mendadak itu. Mulutku melopong menelan hakikat. Azila mengelek seorang bayi comel. Apakah aku ini sedang bermimpi? Aku tertanya - tanya sendiri.
“Maafkan aku, Yan,” bisik Rizal ke telinga. Tangan kirinya memegang erat bahuku. Dia seperti merasa bersalah terhadapku. “Akan aku jelaskan segala-galanya nanti…” bicara Rizal tersekat. Apakah maknanya bicaranya itu? Aku menjadi semakin bingung. Ini bukanlah berita yang aku harapkan sebaik menjejak kaki ke tanahair.
“Jom, kita balik dulu. Family kau dah lama tunggu!” ajak Rizal lantas menunjuk arah jalan keluar padaku.
“Abang Sufian, maafkan Ila,” ucap Azila menahan sebak. Aku segera mengalihkan pandangan. Kucapai kasar kesemua begku dengan kedua belah tangan. Kakiku segera melangkah. Tak akan kubiarkan mereka meneruskan permainan ini.
Aku ingin berlari pantas meninggalkan Rizal dan Azila tetapi beg - beg yang menjadi bebanan membataskan kudrat. Aku akan belajar menempuh hidup baru. Hidup tanpa angan - angan indah yang telah sering benar kuukir sebelumnya. Aku tidak ingin menangis. Aku tidak akan bersedih. Aku akan segera ke desa kelahiran untuk mencium tangan suci ibu. Tentunya kasih ibu yang menanti keseorangan di desa lebih tulus, murni dan suci. Kata orang, manusia adalah makhluk yang pelupa. Semoga aku dapat segera melupakan episod kusut masai di negara orang dan raut Azila yang kini kepunyaan orang lain.

Sunday, November 15, 2009
It's All About LOVE...
...quiet understanding
mutual confidence...
Wednesday, November 11, 2009
Tuesday, November 10, 2009
A Kiss Is Not A Kiss Without Your Sigh
I fell in love with you watching Casablanca
Back row of the drive in show in the flickering light
Popcorn and cokes beneath the stars became champagne and caviar
Making love on a long hot summers night
I thought you fell in love with me watching Casablance
Holding hands 'neath the paddle fans in Rick's Candle lit cafe
Hiding in the shadows from the spies. Moroccan moonlight in your eyes
Making magic at the movies in my old chevrolet
Oh! A kiss is still a kiss in Casablanca
But a kiss is not a kiss without your sigh
Please come back to me in Casablanca
I love you more and more each day as time goes by
I guess there're many broken hearts in Casablanca
You know I've never really been there. so, I don't know
I guess our love story will never be seen on the big wide silver screen
But it hurt just as bad when I had to watch you go
Oh! A kiss is still a kiss in Casablanca
But a kiss is not a kiss without your sigh
Please come back to me in Casablanca
I love you more and more each day as time goes by
Oh! A kiss is still a kiss in Casablanca
But a kiss is not a kiss without your sigh
Please come back to me in Casablanca
I love you more and more each day as time goes by
Cebisan Memori (II)
Kebosanan demi kebosanan kulalui dan aku bersedia untuk menghadapi satu lagi kebosanan sebelum menjejakkan kaki ke tanahair. Para penumpang berpusu-pusu ingin memasuki kabin pesawat.“Good morning, Sir! Welcome aboard .” Ah! Lagi-lagi bahasa asing yang jadi pertuturan. Bilakah aku akan mendengar bahasa mulia ibunda? Terlalu rindu rasanya. Putih sangatkah kulitku ini? Jikalau ada Rizal, sudah tentu akan ditegurnya pramugari yang menuturkan bahasa Inggeris itu. Bilakah anak bangsa akan mula percaya pada bahasanya sendiri? Begitulah yang selalu disoalkan si Rizal.
Perjalanan dari Paris ke Kuala Lumpur akan mengambil masa enam belas jam. Kebosanan terakhir yang mesti kutangani dengan bijak. Di sebelah kananku dua orang muda mudi berbangsa Perancis sedang memperkatakan sesuatu. Mungkin aku perlu manyampuk perbualan mereka untuk meringankan beban kebosanan.
Sebelum bergerak, juruterbang penerbangan memulakan ucapan dengan mengalu-alukan ketibaan para penumpang dan memberikan sedikit sebanyak maklumat mengenai penerbangan yang akan dikendalikannya. Para pramugari manis dan pramugara segak juga sibuk mundar mandir untuk memastikan setiap penumpang mengikut arahan yang ditetapkan sewaktu berada di dalam kapal terbang. Ada juga yang menolong penumpang mengenakan tali pinggang keselamatan.
Sewaktu pesawat MH005 mula bergerak meninggalkan lapangan terbang Charles De Gaulle, keghairahan dan kekhuatiran berbaur menguasai minda. Aku ingin cepat tiba di negeri tumpah darahku. Dalam masa yang sama aku sedar penerbangan ini juga tidak terlepas dari risiko kemalangan atau lain-lain halangan. Betapa kerdilnya kita di ruang angkasa milikNya. Isyarat “Sila Pasang Tali Pinggang Keselamatan” masih belum padam. Sejurus kemudian aku terasa tubuhku terdungak sedikit tanda pesawat mula menaikkan sedikit muncungnya untuk mencapai altitud yang lebih tinggi.
Aku membuang pandang ke bumi. Rumah - rumah dan segala macam bangunan juga kenderaan di daratan kelihatan semakin mengecil. Manusia yang mundar mandir kelihatan seperti semut - semut yang merayap. Sebaik lampu isyarat yang meminta para penumpang mengenakan tali pinggang keselamatan terpadam, suara juruterbang yang mengemudi penerbangan kedengaran lagi memberitahu paras ketinggian pesawat.Aku membayangkan keseronokan-keseronokan di tanahair yang bakal kutempohi bersama si dia. Kami akan meraikan Aidil Fitri bersama. Setelah enam tahun melalui Aidil Fitri yang hambar di Perancis, tahun depan dendamku akan berbalas. Walau bagaimanapun, itu perkara nombor dua, Yang paling penting, yang nombor wahid, aku perlu menikahi si dia dahulu. Begitulah rancanganku. Dan kami akan tinggal sebumbung secara sah, mengecap kelazatan hidup berumahtangga yang memang pun disuruh Nabi.
Aku disergah dari khayalanku entah untuk kali yang keberapa. Seorang pramugari dengan senyum manis menanyakan menu pilihanku. Setelah menyatakannya, pramugari itu kemudian menghulurkan hidangan. Aku menghabiskan lauk yang dihidang dengan lahapnya. Jiran di sebelahku hanya menjamah sayur-sayuran dan biskut yang dihidangkan. Mungkin dia tidak begitu berselara dengan makanan yang dihidangkan.
Aku cuba melelapkan mata setelah makan tetapi tidak berjaya. Sebuah filem sedang ditayangkan di papan skrin tapi tak ramai yang ambil endah sangat. Mungkin disebabkan kebisingan enjin kapal terbang. Ada juga yang segera terlelap sebaik menamatkan hidangan.“Anda rakyat Malaysia?” tanya jiran di sebelahku, Daniel, selepas kami berkenalan. Aku anggukkan kepala menjawab pertanyaannya. Dia menyatakan kekagumannya sebaik kuberitahu telah menetap selama enam tahun di Perancis.
“Bagaimana pandangan anda terhadap negara kami?” tanyanya lagi. Agak rumit juga soalannya itu. Aku kurang pasti apa yang harus dikatakan.
“Orang Perancis mempunyai kelainannya sendiri,” begitu akhirnya jawaban yang mampu aku suarakan setelah agak kebuntuan pada mulanya.
“Kelainan yang bagaimana?” soalnya lagi. Kebijaksanaanku diuji lagi.
“Tiap-tiap bangsa di dunia ini mempunyai kelainan masing-masing. Orang Inggeris misalnya, agak konservatif. Bangsa Melayu pula, walaupun agak berat mulut, akan jadi peramah setelah berkenalan dan seringkali tak lupa memberi senyuman unik apabila berbicara,” tegasku sedikit megah.
“Bangsa Perancis pula bagaimana?” pertanyaan jiran di sebelahku ini lebih mendalam nampaknya. Sebenarnya aku tidak mahu menyatakan apa yang terpendam di sanubariku. Bangsa Perancis pun ramai yang pemalas, lebih kerap berpiket dan bermogok dari bekerja. Bangsa Perancis nampak kesilapan dan kesusahan orang lain tetapi buta pada pekung sendiri. Bangsa Perancis hanya pentingkan diri sendiri. Itu sebenarnya yang ingin aku luahkan. Tapi aku tak mampu. Lidah merasa begitu berat. Tambahan tak semua orang Perancis sebegitu sifatnya.
“Bangsa Perancis berpegang pada prinsip kebebasan, sama ada dari segi pemikiran dan tindak tanduk mereka. Akhbar-akhbar juga lantang mengkritik kerajaan tanpa sekatan.” Itulah kompromi yang dapat aku suarakan sebagai jawapan pada jiranku. Aku menoleh padanya sebaik tamat berbicara. Jiranku mengangguk - angguk. Mungkin dia berpuashati.
“Kebebasan adalah tradisi kami sejak berzaman,” ungkapnya bangga. “Tidak begitu keadaannya di negara anda?” tanya Daniel cuba menjeratku lagi.
“Sudah tentu. Negara kami juga adalah negara demokrasi. Kebebasan wujud di negara kami. Cuma kami mungkin tidak mengambil tafsiran kebebasan bulat-bulat dari anda,” Daniel diam mendengar jawapanku. Mungkin aku tidak memberikan ruang untuknya memerangkap lagi. Kami terdiam beberapa ketika dan aku pun cuba melelapkan mata.
Juwita (Citra Terindah)
...tiada kata, yang tak cliché
bagai habis bahasa bermutu...
Monday, November 9, 2009
How To Make A Million

Extract from "Personal Money" (November 2009):
At 18, and attracted by the lifestyles of celebrities, Internet milionaire Irfan Khairi planned to achieve his first million by 30. But he achieved it five years ahead of schedule in 2002, starting with a capital of RM500 and fiery passion, determination and thirst for self-improvement.
Subscribe to:
Posts (Atom)